Event Kembara Mahkota Johor 2023.

Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 bermula pada hari ini sehingga 8 Ogos, setelah 3 tahun tidak dijalankan susulan pandemik Covid-19.

Dalam beberapa hari ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bersama Keluarga Diraja Johor akan turun ke kesemuanya 10 daerah di Johor untuk menyantuni Bangsa Johor.
 

Pengenalan Kembara Mahkota Johor 2023

Buat julung kalinya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memimpin Jelajah Kembara Mahkota Johor 2023 yang juga merupakan edisi ke-23.

Kali terakhir, Kembara Mahkota Johor 2023 dilangsungkan adalah pada 2019 sebelum terhenti akibat covid-19.

Objektif program ini adalah untuk merapaktkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor, selain merapatkan hubungan antara kaum di negeri Johor.

Konvoi Diraja yang diketuai oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim akan menjelajah di 10 daerah seluruh negeri Johor selama 4 hari bermula pada 5 hingga 8 Ogos 2023.

Raikan dan alami kemeriahannya dengan pelbagai pengisian acara-acara menarik yang dibawakan khas oleh Kerajaan Negeri Johor.
Nantikan keberangkatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim bersama rombongan Kembara Mahkota Johor 2023.
----------------------------------------------------------------------------------------
Dengar dan follow Best FM untuk liputan-liputan khas Kembara Mahkota Johor 2023 yang diharumkan oleh @mavenperfumes - Mewangi Dengan Maven Perfume

Turut bersama @mitsubishi_jb @tourism.johor @calivmalaysia & @baterikeretacom @econsavemy

Penyampai Fiezah Rahman dan AD akan mengikuti setiap langkah acara ini untuk memberi kemaskini yang terbaik untuk pendengar dan pengikut setia Best FM.

#GunaMavenJe #KembaraMahkotaJohor2023
#BestFMMalaysia #KMJ2023
#kmjbest2023

Aug 07,2023